Untaian Kata

Monday, April 24, 2006
# Hikayat Sang Lebah #


Diakhir penderitaan Nabi Ayub a.s, jatuhlah ke dua ekor ulat menjalankan tanggungjawabnya untuk menguji kesabaran dan ketaatan Nabi Ayub a.s kepada Allah. Seekor jatuh ke dalam air menjadi lintah, tak tahulah lintah laut (gamat) ke, lintah sawah atau lintah darat. Semuanya kini memberi manfaat kepada manusia dari segi perubatan dengan terhasilnya minyak gamat, minyak lintah dan sebagainya.


Hanya lintah darat (peribahasa) saja yang tak boleh pakai sebab menyusahkan orang. Seekor lagi ulat jatuh ke atas darat menjadi lebah. Maka bermulalah kisah hidup lebah. Inilah antara teori mutasi dan evolusi yang diperakui oleh Islam. Berlakunya di atas kehendak dan kekuasaan Allah. Bukannya seperti yang dikemukakan oleh Charles Darwin bahawa manusia berasal daripada beruk.

Manusia menurut agama-agama yang diutuskan diturunkan oleh Allah seperti agama Nabi Muhammad, Nabi Isa dan Nabi Musa berasal daripada keturunan Nabi Adam. Banyak pengajaran boleh diambil daripada lebah. Surah An-Nahl (Lebah) di dalam Al-Quran menerangkan tentang kekuasaan Allah yang menciptakan alam. Disebabkan sikap merendah diri (tawadhu') lebah, Allah kurniakan kepadanya madu yang memberi manfaat kepada manusia. Lebah hidup di dalam keadaan berkroni, saling bantu-membantu dan tidak memusuhi antara satu sama lain apatah lagi untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Lebah tidak akan menganggu makhluk Allah yang lain melainkan lebah diganggu.


Walaupun zaman telah berubah, lebah tetap menghargai jasa penciptanya dan makhluk-makhluk Allah yang berbakti kepada Allah. Sebagai mengenang budi dan jasa kerajaan terutamanya di dalam menanam lebih banyak pokok yang berkualiti untuk diambil madunya, Sang Lebah akan turun gelanggang Soc.Culture.Malaysia untuk membantu kerajaan. Sang Lebah akan menyengat segala petualang-petualang bangsa, musuh-musuh agama, pengkhianat-pengkhianat negara dan seumpamanya ataupun kacukan-kacukan di atas. Siapa identiti Sang Lebah yang sebenar tidaklah penting. Segala usaha yang Sang Lebah lakukan ini adalah ikhlas kerana cintakan agama, bangsa dan negara. Semoga usaha Sang Lebah diberkati Allah. Di awal perkenalan ini izinkanlah Sang Lebah mengundurkan diri kerana banyak lagi madu yang perlu diambil.
posted by ~><~ ArIeN ~><~ @ 6:07 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Profil Ku


Biodata ku
Nama : ~><~ArIeN~><~ Lokasi : Cairo Egypt
Hobby : Menari, koresponden, jalan- jalan, baca, musik deelel
HomeTown : Palembang
About me : Aku adalah blue angel...hueheuheue...!!

Putaran Waktu


EmpE Three

MySpace Layouts


Postingan Arien

Arsip bulanan
Pesan- pesan
4r1En

AAmorous
RRefreshing
IInnocent
EExciting
NNormal

Nama mU:


Cleo~BloG

Menjelajahi Dunia Kita

Judul Baru
  • Friendship
Image Hosted By
Thank's to

Visit Me Klik It
BLOGGER
15n41n1

StaT Site
Web Site Counters
Blog ku dah terkunjungi sebanyak ini
TODAY

Links
Blog Link

  • Berkarya di dunia maya

  • kuncup

  • Alyza

  • NOUSH