Tuesday, March 28, 2006 |
**Mutiara Hadist** |
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat nanti bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti yang dilambungkan oleh Tuhan Yang Maha Perkasa di tangan-Nya sebagaimana seorang daripada kamu melambungkan roti dari dua tangan semasa berjalan. Itu adalah hidangan ahli Syurga.
Tiba-tiba datang seorang Yahudi lalu berkata: Semoga Tuhan Yang Maha Pengasih memberkatimu wahai Abu Al-Qasim! Inginkah engkau mendengar ceritaku tentang hidangan ahli Syurga pada Hari Kiamat? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya, silakan! Orang tersebut berkata: Bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Mendengar kata-kata tersebut Rasulullah s.a.w memandang kepada kami kemudian ketawa hingga kelihatan gigi geraham baginda.
Orang tersebut berkata lagi: Inginkah kamu aku ceritakan tentang lauk pauk mereka? Rasulullah s.a.w menjawab: Ya! Orang itu berkata: Lauk-pauk mereka adalah Balam dan Nun. Para sahabat bertanya: Apakah Balam dan Nun itu? Lelaki tersebut menjawab: Lembu dan ikan paus di mana seketul Hadis Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tiada seorang pun yang dapat bersabar menghadapi dugaan kesakitan sebagaimana yang baginda dengar daripada Allah s.w.t. Bahkan mereka menyekutukan Allah serta beranggapan Dia mempunyai anak. Namun begitu Allah s.w.t tetap melindungi dan mengurniakan rezeki kepada mereka. |
posted by ~><~ ArIeN ~><~ @ 2:44 AM |
|
|
|
|